Bermimpi dan mengharap boleh, tapi usah bermimpi terlalu tinggi!
Kadang-kadang tersenyum sendiri mengingat kebodohan diri. Selalu berkata, seandainya waktu bisa diputar kembali.
Semua orang ada sejarah gelap dalam diri masing-masing. Mengingatinya untuk tidak mengulanginya lagi boleh, tapi janganlah sampai tenggelam dalam kesalahan yang sudah berlalu.
Masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Diuji dengan ujian yang mungkin kita tidak sanggup hadapinya.
Mula dari sekarang lihatlah masa hadapan! Pandang terus ke depan! Maju terus pantang mundur! Jangan lupa serahkan segalanya kepada Tuhan.. Mulakanlah dengan Bismillah!!
Di Gontor dahulu aku belajar sebuah falasafah yang hampir aku lupakan; "Berani hidup tak takut mati. Takut mati jangan hidup. Takut hidup mati sahaja!"
Apa yang sudah kita lakukan untuk masyarakat? Adakah kita berkhidmat untuk mereka atau kita mengambil keuntungan dari mereka? Adakah kita berkerja untuk berkhidmat atau kita berkhidmat untuk berkerja..
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain"
Renung-renungkanlah..

0 comments:
Post a Comment