“Setiap yang hidup pasti akan mati”. (al-quran)
Pagi ini aku dikejutkan dengan sms singkat dari kawanku Haidir Rahman dan Lanlan, “Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Abul Fida Farid Luthfi telah meninggal dunia. Mohon disampaikan kepada ikhwah agar berkenan mendoakan kebaikan.”
Pagi ini aku dikejutkan dengan sms singkat dari kawanku Haidir Rahman dan Lanlan, “Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Abul Fida Farid Luthfi telah meninggal dunia. Mohon disampaikan kepada ikhwah agar berkenan mendoakan kebaikan.”
Seorang kawan yang mungkin baru ku kenal di Madinah dalam masa yang tidak lama telah pergi, namanya sangat unik bagiku, Farid Luthfi, gabungan antara kawanku Farid dari Singapura dan aku. Kadang-kadang aku suka bergurau dengan mengatakan ia adalah gabunganku dan Farid.
Aku mula rapat dengannya ketika tahun dua kami berada di sini. Pada waktu itu ketika di Mekkah pada musim haji kami berkhidmat dengan tau’iyah sebagai penterjemah bagi syekh-syekh yang berceramah di masjid-masjid, kebetulan aku bersama Abul Fida dan juga Isma’il margham ditempatkan di satu tempat yang sama di Mekkah. Dari sanalah aku mula mengenalnya dan juga Isma’il.
Kesan pertama kali, aku yang susah rapat dengan orang yang tidak ku kenal. Pertamanya aku tidak begitu suka berada di satu tempat dengan Abul Fida. Bukan sebab orangnya cerewet, bukan sebab orangnya sering menegur kesalahanku atau mentahzirku. Tapi aku merasa ada sesuatu yang tidak kena.
Selepas diberitahu oleh ustaz Abdullah Zain bahawa beliau menghidap kanser, barulah aku mula memahami keadaannya, aircon yang selama ini aku nyalakan aku matikan, tanpa pernah dia memintanya selama ini walaupun dia sakit.
Beberapa hari selepas itu aku selalu bercerita dengannya, kami mula rapat. Aku ingat lagi suatu malam dia pernah cerita lawak sehingga aku ketawa terpingkal-pingkal.
Meskipun hanya dua puluh hari kami di Mekkah, melaksanakan haji bersama-sama. Banyak kenangan manis yang aku rasakan bersamanya. Ia adalah orang yang baik, mesra, pandai mengambil hati orang, jika melihat sesuatu yang ia tidak senangi ia menyindir dengan sangat halus sekali, bersabar dan selalu berpegang kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Setelah balik dari Haji, keadaannya semakin memburuk. Aku beberapa kali melihatnya di biliknya di kampus Universiti Islam Madinah. Fisik tubuhnya semakin melemah, namun tidak pernah kulihat ia mengeluh. Suatu hari ia memintaku untuk membuatkan foto gambarnya untuk urusan adminitrasi perpulangannya. Aku buatkan fotonya ukuran 4 x 6 dan aku masih ingat lagi kata-katanya waktu itu sambil memejamkan mata sebelah kirinya (kerana kanser): “Kenapa fotonya enggak putih seperti dulu?” Kerana sebelumnya aku pernah membuatkannya foto juga namun dengan kertas foto yang berbeza dan lebih putih. Ketika itu aku hanya menahan senyumku sahaja.
Akhirnya beberapa hari setelah itu ia kembali ke Indonesia untuk meneruskan perawatannya. Beberapa kali aku sempat mendengar cerita tentang keadaan fisiknya yang semakin memburuk, pembedahan yang dilakukan berkali-kali. Bahkan sehingga beberapa pelajar Indonesia ada mengatakan: “Beliau adalah seorang yang sangat bersabar dengan ujian yang diberikan, dan memang Allah memberikan ujian yang sangat berat kepada orang yang bersabar sepertinya.”
Pagi ini, aku berduka. Aku hanya mengenalnya dan bersamanya selama dua puluh hari, namun aku tahu, ia adalah seorang kawan yang sangat baik kepada sahabatnya, seorang ustaz yang sangat teguh berdakwah, seorang ayah yang sangat mencintai anak-anaknya, seorang hamba yang sangat taat kepada Tuhannya. Semoga ia di tempatkan di tempat yang baik bersama orang-orang yang soleh di syurga kelak. Amin
Kejadian hari ini membuatkanku berfikir, pernah kah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki saat ini? Kesihatan, penglihatan, pendengaran, percakapan, berjalan dengan kedua-dua kaki, berkerja dengan kedua-dua tangan, berfikir dengan akal yang sihat.
Pernahkah kita bersyukur? Atau kita lebih banyak mengeluh kerana masalah bersama kawan, kerana iri dengan kawan yang mempunyai sedikit rezeki lebih dari kita, kerana kawan yang lebih pandai dalam pergaulan bersama teman-teman yang lain.
Pernahkah kita bersyukur? Atau kita lebih banyak mengeluh kerana masalah bersama teman wanita, atau kerana orang tua memarahi kita, atau kerana masalah-masalah kecil lainnya.
Lihatlah keadaan kita sekarang dengan nikmat Allah yang diberikan dan bandingkannya dengan apa telah dilalui oleh sahabat kita Farid Luthfi rahimahullah tadi.
Semoga kita dapat mengambil ‘ibrah dalam perjalanan kehidupan sahabatku ini dan selalu bersyukur dengan apa yang telah kita miliki saat ini. Janganlah sia-siakan saat ini sedikitpun! Sama-sama kita sedakah doa untuk beliau, semoga Allah menerima segala amal kebaikannya dan mengampunkan segala dosanya. Amin ya rabbal alamin..
Madinah, 22/03/2011
0 comments:
Post a Comment