Hari ini, sekitar pukul 11.00 pm aku dikejutkan dengan sebuah berita duka. Salah seorang pelajar baru Universiti Islam Madinah berasal dari Malaysia telah berpulang kembali ke rahmatullah. Nama lengkapnya Muhammad Noraizuddin bin Nordin AlHafiz, dipanggil dengan nama Izuddin ataupun Nash.
Aku peribadi tidaklah terlalu mengenalnya, cuma mungkin kami pernah terserempak begitu sahaja. Apa yang menyedihkan hatiku, beliau adalah pelajar baru, sama-sama datang dengan adikku. Dan berita ini aku dengar dari Akmal, salah seorang pelajar senior dari Malaysia.
Kronologi kejadian:
Dari Akmal, aku mendengar beliau –Allahyarhamuhu- bertolak dari Madinah beramai-ramai bersama pelajar-pelajar Malaysia yang lain dengan menggunakan dua kereta menuju ke pantai yang dikenal dengan Hasyi (kawasan antara yanbu’ dan Umluj). Aku mengetahui kawasan tersebut, dan dua kali pernah ke sana dan baru tahun lepas aku bersama kawan-kawan IKPM Madinah rihlah ke sana dengan dua kereta juga.
Entah macam mana, Ashar tadi (14-04-2011) dari ramai-ramai hanya tinggal tiga orang yang masih berenang, dari tiga tadi, dua orang naik ke pantai dan tinggal lah Izuddin sendiri. Selepas itu, tiba-tiba Izuddin menghilang. Salah seorang pelajar senior yang ikut menghantar berenang mencari Izuddin, selepas puas mencari akhirnya ia tidak menemukannya.
Selepas itu mereka melaporkan perkara tersebut kepada polis, dan anggota penyelamat mencari dan menemukannya tenggalam di dasar lautan. Teman-teman –allahyarhamuhu- tidak dapat melihat mayatnya namun hanya disuruh untuk membuat laporan di balai polis berdekatan.
Ibu-bapanya selepas mendengar khabar tersebut meminta untuk agar jasad –allahyarhamuhu- dibawa pulang ke Malaysia, namun pihak konsulat Malaysia di Saudi mengatakan prosesnya memakan waktu yang lama, bahkan boleh jadi lebih dari 2 bulan.
Sekarang, kawan-kawannya mencuba untuk memujuk kedua ibu-bapanya agar jasad –allahyarhamuhu- di kebumikan di Madinah.
Kemungkinan, Izuddin –allahyarhamuhu- tidak pandai berenang, ataupun pandai berenang tapi cram ataupun mungkin di bawa ombak ke tengah laut.
Aku tak dapat membayangkan bagaimana perasaan ibu-bapanya? Aku tak tahu bagaimana cara kawan-kawannya menerangkan perkara tersebut kepada ibu-bapanya? Apa yang pasti, semua orang yang mengenali beliau sekarang sedang merasa sedih dengan kehilangannya. Aku hanya dapat mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah dan segala dosanya diampunkan dan semoga –allahyarhamuhu- di tempatkan bersama orang-orang yang soleh, beriman dan bertaqwa di akhirat kelak. Amin.
Ketika mendengar khabar ini, aku sempat shock sekejap. Macam mana kalau hal yang sama menimpaku? Aku tidak takut akan kematian, tapi aku takut dosa-dosaku melebihi pahalaku. Aku adalah seorang hambaNya yang sering ingkar kepadaNya, aku adalah seorang yang selalu melakukan maksiat, bertaubat sesaat selepas itu melakukan perkara yang sama berulang-ulang. Aku hanya berharap semoga akhir hidupku ditutupi dengan husnul khatimah, akhir yang baik dalam kehidupanku.
Namun hakikatnya, bukan hanya mua’amalahku dengan Allah yang tidak baik, namun mua’amalahku dengan manusia juga tidaklah dikatakan terlalu bagus, bahkan terlalu buruk. Masih ramai yang membenciku, masih ramai yang berdendam kepadaku, masih ramai yang memandang rendah kepadaku. Ya Allah, janganlah engkau jadikan dunia dan akhiratku dalam kesia-siaan. Rabbanaa aatina fid-dunya hasanah wa-fil akhirati hasanah waqina ‘azaban-naar.
Aku sedih, terlalu sedih. Aku tidak tahu bagaimana nasibku nanti? Sedangkan diriku adalah seorang yang fasik. Tidak mustahil perkara yang sama akan menimpaku!
Ya Allah, jika mati adalah yang terbaik untukku maka matikanlah aku dalam husnul khatimah!
Ya Allah, jika aku ditaqdirkan untuk bermaksiat kepadaMu nanti, maka matikanlah aku sekarang dalam husnul khatimah!
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku! Dosa-dosa kedua ibu-bapaku! Dosa-dosa keluargaku! Dosa-dosa ummat muslimin!
Ya Allah, aku adalah anak derhaka kepada ibu-bapaku! Aku adalah abang yang garang kepada adik-adikku! Sahabat yang jahat kepada kawan-kawanku! Hamba yang fasik kepada Engkau ya Allah! Jika mati adalah yang terbaik buatku sebelum aku mengingkariMu berulang-ulang kali aku mohon ya Allah, cabutlah nyawaku sekarang dan ampunkanlah dosa-dosaku!
Ya Allah, aku adalah hamba yang zalim. Tapi aku tahu ya Allah, rahmatMu adalah sangat luas. Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah sebelum Engkau memanggilku. Ampunilah aku ya Allah. Aku sangat takut kepadaMu, aku sangat takut kepada hari akhirat, aku sangat takut kepada alam barzakh. Bukan maksudku untuk bermaksiat kepadaMu, tapi hawa-nafsu ini sering kali mengalahkanku. Aku tahu ya Allah, aku adalah hamba yang lemah. Ampunilah dosa-dosaku.
Aku takut ya Allah, hari ini aku menangis, esok hari aku bermaksiat lagi. Bantulah aku ya Allah mengalahkan hawa-nafsuku ini! Kuatkanlah aku ya Allah!
Meskipun aku anak derhaka, namun hakikatnya aku sayang kepada ibu-bapaku.
Meskipun aku abang yang garang, tapi sebenarnya aku sayang kepada adik-adikku.
Meskipun aku adalah seorang sahabat yang jahat, tapi aku mencintai kawan-kawanku.
Cuma aku tidak tahu bagaimana meluahkan rasa sayang dan cinta itu ya Allah. Aku adalah hamba yang bodoh dan buta. Ajarkanlah aku ya Allah untuk menjadi anak yang sholeh, abang yang penyayang, dan sahabat yang baik kepada mereka ya Allah.
Bimbinglah aku ya Allah.. Allahumma-ghfir lanaa zunubanaa wa liwalidaina warhamhuma kama rabbayana saghira.
Mampukah aku menjawap pertanyaan melakai munkar dan nakir?
Mampukah aku berdiri di padang mahsyar nanti?
Mampukah aku melepasi titian untuk menuju ke syurga?
Sedangkan maksiatku terlalu banyak kepadaMu ya Allah.
Sedangkan aku adalah anak yang derhaka kepada ibu-bapaku.
Sedangkan aku adalah kawan yang selalu berbuat jahat kepada kawan-kawanku.
Ampunilah aku.. ampunilah aku ya Allah. Aku masih yakin rahmatMu dan ampunanMu untuk hamba-hambaMu sangat luas.
Ya Allah, jika suatu hari nanti aku akan menjadi orang yang bermaksiat kepadaMu, dan anak yang derhaka kepada orang-tuaku. Aku mohon ampunilah dosa-dosaku yang sebelum dan yang sesudahnya, lalu cabutlah nyawaku sekarang! Dan janganlah engkau membuatkan orang di sekelilingku meratapiku. Jadikanlah adikku Mu’adz sebagai penggantiku, seorang abang yang lebih baik membimbing adik-adikku yang lain ke jalan yang benar.
Hari ini menjadi pelajaran yang sangat bermakna bagiku.
Apa yang ingin dibanggakan manusia?
Kereta atau rumah yang mewah? Handphone yang mahal? Isteri yang cantik? Anak-anak yang pandai?
Sedangkan kehidupan hanyalah sementara. Dan kematian akan datang pada bila-bila masa sahaja.
Ampunilah kami.. ampunilah kami ya Allah. Tempatkan kami bersama para RasulMu di akhirat kelak. Amin
Madinah, 15/04/2011
1:08 PM
3 comments:
Tersentap sebentar membaca entri Lutfi kali ini....mmg benar apa yg di kata....Semoga kawan Luthfi itu di tempatkan dikalangan org2 yg beriman InsYAllah...
salam ..
terima kasih atas info yang diberi ..
saudara izzudin merupakan spupu saye ..
tak sangka khabar yg kami terima seawal subuh tadi adalah sesuatu yang sahih ..
iringan doa buatnye di sane , semoga segala urusan berjalan lancar..
al fatihah~
Assalam...
Terima kasih atas tulisan saudara. Saya juga sepupu arwah. Mungkin saudari zieha hisham sepupu sebelah bapa, saya pula sepupu sulung sebelah emak yang dianggap sebagai kakaknya. Selalu juga beliau menginap di rumah saya ketika hujung minggu semasa di Darul Quran.
Sememangnya kami brsedih dengan berita mengejut yang diterima, namun kesedihan itu terubat dengan berita pengebumian arwah di al-Baqi'. Walaupun tidak menatap wajah arwah buat kali terakhir, kami reda atas pemergiannya. Semoga arwah mendapat tempat yg baik di sisi-Nya. al-Fatihah...
Post a Comment