January 22, 2012

Jika bukan kerana pertolongan Allah..

Alhamdulillah, di tengah-tengah kesejukan di Madinah, pada hari ini natijah terakhir dari pelajaran untuk semester ini keluar, yaitu Tarbiyah. Hasil dari keseluruhan aku mendapatkan nilai yang sangat memuaskan setelah dua semester sebelumnya aku harus puas hanya dengan nilai Jayyid Jiddan. Kerana itu aku merasa gembira sekali untuk semester ini.

Di tengah-tengah kegembiraan aku, baru teringat akan pesan kawanku sekelas bernama Ahmad, dari Mesir. ‘Jika bukan kerana pertolongan Allah untuk seorang pemuda, maka hal pertama yang akan dituainya adalah usahanya sendiri’

Kata-kata ini mengandung makna yang tersirat dengan mendalam. Ia bermaksud untuk kepada orang yang gagal supaya tidak terlalu bersedih, dan kepada orang yang mendapatkan suatu kebaikan atas usahanya agar tidak terlalu berbangga. Kerana semuanya adalah pertolongan dari Allah.

Meski begitu, aku merasa gembira adalah sebagai meluahkan rasa hatiku, aku sendiri pernah gagal, pernah mendapatkan hasil yang cemerlang, pernah juga mendapatkan hasil yang biasa-biasa sahaja, dan aku bukanlah orang yang begitu pandai, namun aku berharap agar ilmu tersebut bermanfaat untukku di dunia dan akhirat.

Bagaimana kita tahu ilmu tersebut bermanfaat?
``      Kita mengamalkan ilmu tersebut dalam kehidupan sehari-hari kita
2       Kita mengajarnya kepada keluarga dan masyarakat kita

Pada kesempatan kali ini, jutaan rasa terima kasih ingin aku ucapkan kepada kedua ibu dan bapa ku yang tak pernah berhenti-henti untuk mendoakanku dan mendidikku sehingga aku berada di Madinah saat ini. Mereka juga tak pernah berhenti-henti untuk percaya kepada diriku, meskipun aku sendiri selalu merasa diriku sebagai orang yang tidak sebagus mana.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan dosa-dosa ku serta guru-guruku, kawan-kawanku dan ahli keluargaku, begitu juga dengan dosa-dosa ummat muslimin.

Aku tak menganggap ini nilai ini sebagai hasil usahaku, tapi aku hanya menganggapnya sebagai ‘pertolongan dari Allah’ kerana ingin memberikan kesempatan kepadaku menuai hasil ini.

Madinah, 22/01/2012

0 comments:

الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك